Masih Rapat, Pelakon ‘All Of Us Are Dead’ Sokong Jo Yihyun Untuk Filem ‘Ditto’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Suka betul tengok keakraban pelakon “All Of Us Are Dead”, kan?
Artikel Berkaitan
Terbaru, tayangan perdana untuk filem akan datang Jo Yi-hyun berjudul “Ditto”, telah diadakan di Seoul.
Di kalangan tetamu VIP, pelakon dari siri popular Netflix “All Of Us Are Dead” iaitu Yoon Chan-young, Park Ji-hu, Lomon, Yoo In-soo, Ahn Seung-gyun dan Im Jae-hyuk turut dilihat menghadiri acara berkenaan.

Memberi sokongan buat Jo Yi-hyun, Im Jae-hyuk telah berkongsi fotonya bersama pelakon lain yang hadir, menerusi Instagram Story. Dia juga menulis kapsyen,
Filem ‘Ditto’ adalah yang terbaik. Pastikan untuk menontonnya!
Dalam pada itu, filem “Ditto” akan mengikuti kisah seorang wanita yang hidup pada penghujung 1970-an yang hidupnya terjalin dengan seorang lelaki yang hidup pada masa kini, selepas dua individu secara tidak sengaja dihubungkan melalui radio lama. Ianya turut dibintangi Yeo Jin-goo, Kim Hye-yoon, Na In-woo dan Bae In-hyuk.
Jangan lupa tonton pada 16 November ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




