Mesti ramai kan yang kenal Choo Sa-rang dari program “The Return of Superman”?
Baru-baru ini, Choo Sung-hoon telah muncul dalam program MBC “The Lecturers”, di mana lelaki itu ada mendedahkan tentang komen jahat yang ditujukan kepadanya dan juga keluarganya. Luahnya,
Komen yang ditulis terlalu ekstrem. Saya ok tetapi hati saya terluka apabila memikirkan bahawa satu hari nanti, anak perempuan saya Sa-rang, mungkin akan baca komen sebegitu.
Mengimbas kembali ketika penampilannya bersama anaknya itu dalam “The Return of Superman”, Choo Sung-hoon berkongsi,
Semasa saya muncul dalam rancangan itu, terdapat banyak ancaman seperti ‘Lebih baik awak berhati-hati dengan anak perempuan awak’, ‘Saya tahu di mana awak tinggal’.
Sambung atlet judo itu lagi,
Saya pernah teman Sa-rang pergi dan balik dari tadikanya tetapi saya masih bimbang sesuatu yang bahaya berlaku padanya. Ia membuatkan saya banyak berfikir sama ada menayangkan anak perempuan saya di TV adalah keputusan yang tepat.
Mesti Choo Sung-hoon risau kan anaknya dah jadi tumpuan orang ramai..