Utama Rancangan Hiburan Tinggi 154CM Meski Hanya Berusia 11 Tahun, Ayah Kongsi Choo Sarang Sertai...

Tinggi 154CM Meski Hanya Berusia 11 Tahun, Ayah Kongsi Choo Sarang Sertai Akademi Model Kini

choo sarang choo sunghoon

Nampaknya, Choo Sa-rang akan mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi seorang model.

Terbaru dalam siaran 17 September program “The Boss Has Donkey Ears”, Choo Sung-hoon telah mendedahkan bahawa anak perempuannya iaitu Choo Sa-rang yang berusia 11 tahun, sedang menjalani latihan di akademi model.

Kongsinya,

Choo Sa-rang telah pergi ke akademi model selama lebih kurang 3 minggu.

Dalam siaran itu, Choo Sa-rang telah menunjukkan bakatnya sebagai seorang model, dengan berjalan sambil memakai kasut tumit tinggi.

Melihat betapa anaknya itu sudah membesar, Choo Sung-hoon turut mendedahkan bahawa Choo Sa-rang mempunyai ketinggian 154CM dan berat 34KG, mengagumkan orang ramai tambahan pula, dia hanya berumur 11 tahun kini.

Dia mewarisi DNA ibunya iaitu model Yano Shiho. Ketinggian Sa-rang telah naik sebanyak 7CM hanya dalam masa 3 bulan.

Fuh tingginya Sa-rang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHerald POP
Loading...