Ikuti Kami:

“Saya Bertuah..” – Rangkul Anugerah Pelakon Terbaik, Jung Haein Kongsi Sebab Bintangi Siri ‘D.P.’

“Saya Bertuah..” – Rangkul Anugerah Pelakon Terbaik, Jung Haein Kongsi Sebab Bintangi Siri ‘D.P.’

Jung Hae-in memang tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon terbaik di Korea Selatan.

Pada Julai lepas, majlis berprestij ‘Blue Dragon Series Awards’ telah berlangsung di Seoul, dengan banyak anugerah telah dipertandingkan.

Tahniah! Dengan lakonan cemerlangnya dalam siri Netflix “D.P.”, Jung Hae-in berjaya membawa pulang Anugerah Pelakon Terbaik untuk Siri OTT buat drama berkenaan.

Dalam temu bual yang dilakukan bersama Sports Chosun baru-baru ini, pelakon itu menjelaskan sebab dia memutuskan untuk membintangi “D.P.” pada awalnya. Jelasnya,

Saya berasa yakin tentang projek itu apabila bertemu pengarah. Sejujurnya, penggambaran di set tidak selalu menyeronokkan. Saya fikir dengan siapa anda bekerja paling penting apabila memilih projek. Saya suka bekerja sebagai pelakon, tidak perlu dikatakan. Dan ia segera terfikir bahawa ia akan menjadi menyeronokkan bekerja dengan pengarah. Jadi begitulah cara saya membuat keputusan.

jung haein d.p.

Kemudian, Jung Hae-in turut meluahkan perasaanya selepas memenangi anugerah pelakon terbaik di ‘Blue Dragon Series Awards’ untuk drama “D.P.”. Kongsinya,

Ia amat bermakna bagi saya. Memandangkan kami bermula dengan baik pada acara itu, saya berharap lebih banyak persembahan yang baik akan dihargai dalam pelbagai acara seperti ini di hadapan.

Akhir sekali, pelakon itu turut berkongsi maksud drama “D.P.” buat dirinya. Jung Hae-in mengaku bahawa drama tersebut merupakan titik perubahan besar dalam kerjaya lakonannya sambil menjelaskan,

Saya sangat bertuah kerana diberi peluang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Climax Studio Byun Seung-min dan pengarah Han. Terima kasih kepada mereka, saya dapat bekerja dengan orang yang baik, menerima anugerah dan melakukan temu bual tentang siri ini. Saya menganggap diri saya sangat bertuah.

https://youtu.be/Tw2GOtaPV04

Dalam pada itu, Jung Hae-in akan kembali menemui penonton menerusi drama “Connect” pada Disember ini menerusi Disney+.

Tonton trailer drama “Connect” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...