Ikuti Kami:

Ji Jinhee & Kim Jihyun Sertai, ‘D.P.’ Musim Kedua Umum Barisan Pelakon Penuh

Ji Jinhee & Kim Jihyun Sertai, ‘D.P.’ Musim Kedua Umum Barisan Pelakon Penuh

Siapa yang dah teruja nak tonton “D.P.” musim kedua?

Pada 31 Mei, siri Netflix “D.P.” telah mendedahkan barisan pelakon penuh dan sesi pembacaan skrip buat drama tersebut.

Jung Hae-in, Koo Kyo-hwan Kim Sung-kyun dan Son Suk-ku akan memainkan semula watak mereka dalam musim baharu dengan Ji Jin-hee dan Kim Ji-hyun menyertai sebagai pelakon baharu.

Kembali menemui penonton dalam musim kedua, Jung Hae-in berkata,

Saya sangat gembira dapat bersama ‘D.P’ Musim 2, dan saya teruja dan tidak sabar untuk bertemu orang yang baik sekali lagi di set. Sila nantikan Prebet Ahn Jun-ho juga.

Son Suk-ku turut berkongsi,

Saya hanya bersyukur. Memandangkan ia adalah filem yang bermula dengan persahabatan yang kuat yang saya bina dengan pengarah, saya sentiasa berseronok tanpa tekanan. Memikirkan bahawa saya akan dapat merasakan suasana itu sekali lagi,  membuatkan hati saya berdebar.

Untuk pengetahuan, siri Netflix “D.P.” membawa kisah unit khas mengejar tentera yang lari daripada kem atas pelbagai alasan dan kisah tersendiri. Ianya menerima pujian ramai kerana plot yang realistik selain membongkar sisi gelap dunia ketenteraan Korea.

Jangan lupa tonton “D.P.” musim kedua di Netflix nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...