Ikuti Kami:

“Saya Bersyukur” – Ha Yoonkyung Senang Berkerjasama Dengan Pelakon ‘Extraordinary Attorney Woo’

“Saya Bersyukur” – Ha Yoonkyung Senang Berkerjasama Dengan Pelakon ‘Extraordinary Attorney Woo’

Walaupun drama bersiri “Extraordinary Attorney Woo” sudah pun tamat, namun para pelakonnya masih lagi berkongsi perasaan dan pandangan mereka mengenai watak masing-masing.

Kali ini, dia berkongsi pandangannya mengenai kesemua pelakon gandingannya seperti Park Eun-bin, Kang Ki-young dan juga Joo Jong-hyuk. Ha Yoon-kyung berkongsi pandangannya mengenai Kang Ki-young dengan berkata,

Ki-young oppa adalah seorang yang sangat menyeronokkan dan pandai membuat jenaka. Jenaka yang dibuatnya tak pernah habis. 

Dia menambah,

Kami berkongsi nilai diri yang sama, malah Kang Ki-young turut berkata bahawa dia nampak dirinya yang muda dalam diri saya.

Walaupun Ha Yoon-kyung dan Park Eun-bin berkongsi umur yang sama, namun Park Eun-bin masih seniornya dalam industri. Apabila ditanya mengenai Park Eun-bin, dia berkata,

Eun-bin merupakan sebab utama di sebalik senyuman semua orang. Dia juga pandai mengawal dirinya sendiri dan sangat profesional, jadi saya akan cuba bergurau dan mengganggu Eun-bin kalau saya boleh. 

kang kiyoungDia menyambung,

Mungkin sebab saya tak ada ramai kawan sepertinya, jadi saya sangat suka berkawan dengan dia. Saya jadi bangga kalau dia tertawa dengan lawak saya yang hambar. Saya masuk set penggambaran memang hanya untuk bagi dia gelak.

Ha Yoon-kyung berkata lagi,

Eun-bin adalah seorang rakan yang suka memberi nasihat kepada saya. Saya banyak belajar daripada dia dan saya juga rasa sangat selesa untuk belajar daripada dia walaupun dia senior saya. 

Mengupas mengenai Joo Jong-hyuk, dia berkata

Dia seorang pelakon yang saya paling mudah dekati. Dia mempunyai personaliti yang sangat baik. Tidak kira lah berapa kali pun saya bergurau, dia pasti akan ketawa. Walaupun saya lebih muda, saya bersyukur kerana dia sering bertanyakan mengenai saya ketika penggambaran. 

extraordinaryMungkin ramai yang tidak tahu, tapi rupanya, Joo Jong-hyuk menerima pelbagai komen negatif daripada netizen mengenai watak yang dibawanya.

Pada mulanya dia berkongsi dengan saya mengenai komen negatif yang dia terima, jadi saya pesan kepadanya supaya mengendahkan perkara itu. Akan ada orang yang cuba menjatuhkan kebahagiaan orang lain kerana hidup mereka sendiri tidak bahagia. 

Walaupun dia berkata bahawa dia akan berhenti memikirkannya, tapi saya yakin hati dia mesti terguris. Jadi, saya turut membidas semula segala komen negatif agar dia berasa sedikit gembira. Dia dah macam abang atau adik kepada saya. 

Walaupun baru je jumpa, semua dah macam adik beradik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...