Akhirnya, kesemua ahli EXO telah pun secara rasmi memasuki khidmat ketenteraan.
Kelmarin, Sehun iaitu ahli termuda EXO telah mengumumkan sendiri mengenai pendaftarannya pada minggu hadapan,
Hello, ini ialah Sehun.
Adakah semua orang baik dan sihat?
Saya menulis hari ini kerana terdapat sesuatu yang ingin saya sampaikan. Saya akan memulakan perkhidmatan tentera bermula 21 Disember ini. Saya memohon maaf kerana memberitahu agak lewat buat EXO-L.
Sejak kebelakangan ini, saya selalu menghabiskan masa sendirian, muhasabah diri dan berfikir dengan mendalam. Hasilnya, saya akan menyapa awak (menerusi surat) tanpa dapat bersemuka dengan awak. Saya berharap kalian memahami sekiranya saya tidak dapat berjumpa semua. Saya bersyukur kerana ramai yang menjaga saya.
Saya harap semua orang kekal sihat hingga ke hari kita bertemu kembali. Saya akan kembali dengan sihat, terima kasih.
Belum pergi pun, dah rindu Sehun ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.