Ikuti Kami:

“Saya Berpakaian Sama Dengan Tetamu” – Yoo Insoo Selalu Muncul Di ‘Running Man’ Pada Awal Karier

“Saya Berpakaian Sama Dengan Tetamu” – Yoo Insoo Selalu Muncul Di ‘Running Man’ Pada Awal Karier

Sejak kebelakangan ini, nama Yoo In-soo terus disebut oleh peminat K-Drama kerana kehebatan lakonan yang ditonjolkan dalam “All Of Us Are Dead”.

Ramai yang ingin mengetahui lebih mengenai dirinya, lelaki itu telah menyertai sebuah temuramah baru-baru ini.

Bermula sederhana, Yoo In-soo mengakui bahawa dia kerap menjadi pembantu pelakon dalam rancangan hiburan seperti “Running Man” pada awal kariernya, sekitar 2015. 

Saya muncul, contohnya apabila para hos perlu mencari tetamu jemputan di tengah orang ramai. Saya akan menjadi salah seorang pengacau yang mengenakan pakaian serupa dengan tetamu berkenaan

Antara seramai-ramai manusia itu ada saya. Saya juga sering menyimpan tangkapan skrin apabila wajah muncul di skrin.

Dalam pada itu, Yoo In-soo mula jatuh cinta dengan lakonan ketika memasuki sekolah menengah dan memilih untuk berhenti sekolah bagi mencapai cita-citanya itu. Sejak itu, dia sering muncul sebagai tambahan dalam drama dan rancangan hiburan.

Kalau anda nak tahu, Yoo In-soo telah membintangi banyak drama popular seperti “My ID is Gangnam Beauty”, “Love Alarm”, “Strong Girl Do Bongsoon” dan lain-lain.

Gigih kan Yoo In-soo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...