Ikuti Kami:

“Saya Berlatih Di Hotel..” – Jungkook Akui Gugup Buat Persembahan Di FIFA World Cup Qatar 2022

“Saya Berlatih Di Hotel..” – Jungkook Akui Gugup Buat Persembahan Di FIFA World Cup Qatar 2022

Persembahan pembukaan Jung-kook BTS di ‘FIFA World Cup Qatar 2022’ memang tidak dinafikan berjaya mendapat perhatian ramai.

Kali pertama membuat persembahan secara solo di pentas besar dalam majlis global ini, Jung-kook pastinya rasa gugup dan gementar.

Sejurus selepas selesai persembahannya, Jung-kook telah menyapa peminat menerusi siaran langsung di Weverse. Ketika sedang berborak, idola itu turut meluahkan perasaan dan pandangan jujur mengenai persembahannya di Majlis Perasmian ‘FIFA World Cup Qatar 2022’. Dia berkongsi pada awalnya,

Saya tak bohong, saya sangat gementar selepas turun dari pentas. Saya mempelajari koreografi sejurus ketibaan saya di Qatar. Saya mempelajari bahagian korus terakhir hanya sehari sebelum pentas, dan saya mempelajari selebihnya dengan menonton video dan menambah warna saya sendiri ke pentas.

Tambah ahli BTS itu lagi,

Sebelum tidur, saya juga berlatih sendiri di bilik hotel sambil memainkan muzik. Saya tidak boleh mengatakan saya berpuas hati sepenuhnya dengan persembahan saya, tetapi saya menikmatinya tanpa melakukan kesilapan besar.

Jung-kook sentiasa perform!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...