Ikuti Kami:

“Saya Berjaya Hilangkan Semua Lemak Di Badan Saya..” – Foto Baru Gu Hyesun Jadi Perhatian

“Saya Berjaya Hilangkan Semua Lemak Di Badan Saya..” – Foto Baru Gu Hyesun Jadi Perhatian

Umum pasti mengetahui bahawa penampilan Gu Hye-sun pada Oktober lalu di ‘Anugerah Seni Filem Chunsa Ke-27’ telah menjadi bualan ramai.

Bagi yang belum tahu, Gu Hye-sun telah tampil dengan bentuk badan sedikit berbeza dari imej yang biasa dibawanya sebelum ini dan pelakon itu mengaku bahawa berat badannya bertambah disebabkan masa sukar yang dilaluinya.

Terbaru pada 26 Disember, Gu Hye-sun telah berkongsi beberapa foto baru dirinya di laman Instagram beserta kapsyen yang ditulis,

Saya membuang semua lemak (kepayahan) yang membebankan yang melekat pada badan saya sejak musim panas lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 구혜선 (@kookoo900)

Menerusi gambar yang dikongsi, Gu Hye-sun menunjukkan raut wajahnya yang tajam dengan mukanya yang kelihatan lebih kurus dari sebelum ini.

Gu Hye-sun macam mana pun tetap cantik, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...