Siapa sangka, Kim Seon-ho bakal menamatkan persembahan untuk teater “Touching The Void” dalam masa tiga hari sahaja lagi.

Pada 25 September, agensinya telah memuat naik satu video dengan tajuk ‘Momen Yang Paling Disanjungi Kim Seonho Sepanjang Hidupnya | Perasaan Mengenai Persembahan Terakhir ‘Touching The Void’.
Luah lelaki itu mengenai perasaannya,
Ia merupakan waktu paling gembira dan persembahan paling melegakan yang pernah saya lakukan. Saya menjadi lebih sihat dan gembira apabila dikelilingi orang baik. Saya berasa sedikit sedih.
Tambahnya,
Momen paling diingati ialah apabila semua melakukan kesilapan. Tapi kami semua pelakon, kami mengikutinya sahaja. Dan saya juga hampir terjatuh. Memori itu agak membahayakan, tapi ianya paling diingati.
Dalam pada itu, Kim Seon-ho mengakui bahawa dia berasa tersentuh dan berterima kasih apabila dapat melihat penonton menangis dan ketawa bersama.
Ulasnya mengenai watak Joe Simpson,
Ianya merupakan hadiah terbesar buat saya. Ianya merupakan anugerah yang tidak dapat dibayangkan, dengan watak hebat. Apabila membawa watak Joe Simpson, fikiran saya banyak berubah dan menjadi lebih sihat. Terima kasih semua kerana datang melihat persembahan dan pelakon kami dan mengikuti langkah berat ini. Saya tersentuh dan berterima kasih sangat.
Selamat maju jaya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.