Ikuti Kami:

Bantu Mangsa Taufan, Kim Seonho Derma Keseluruhan Bayaran Teater ‘Touching The Void’

Bantu Mangsa Taufan, Kim Seonho Derma Keseluruhan Bayaran Teater ‘Touching The Void’

Umum mengetahui bahawa Korea dilanda taufan dan hujan ribut beberapa minggu ini.

Disebabkan itu, ramai selebriti yang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penduduk yang terjejas dek situasi tidak dijangka itu.

Terbaru, Pertubuhan Bantuan Bencana Kebangsaan Briged Haraoan telah mengumumkan bahawa Kim Seon-ho menderma keseluruhan bayaran persembahan untuk teater “Touching The Void” kepada mereka. Ianya bagi membantu membeli kemudahan buat 1,000 mangsa dan sukarelawan yang terjejas di taufan di Pohang.

Ulas agensi pelakon itu,

Ia adalah permintaan Kim Seon-ho sendiri untuk menderma buat mangsa yang hilang tempat tinggal kerana taufan dengan menggunakan keseluruhan bayaran teaternya. Kami berharap bantuan kecil ini dapat membantu mangsa dalam pemulihan untuk menghadapi hari mendatang.

kim seonho

Respon seorang mangsa yang mendapatkan bantuan Kim Seon-ho ini,

Saya terpaksa menyambut perayaan tanpa rumah jadi saya berasa bersyukur (dengan bantuan ini).

Baiknya Kim Seon-ho.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...