Jarang bersuara, akhirnya Taeyang BIGBANG membuka mulut mengenai situais genting yang dilalui kumpulan itu beberapa tahun lalu.
Bakal meriliskan album solo berjudul ‘Sunset’ selepas 6 tahun, ahli BIGBANG itu menceritakan mengenai maksud disebaliknya,
Walaupun malam tiba, matahari terbenam akan menyambutnya dengan cantik tanpa sebarang aduan. Ianya merupakan malam yang berulang, dan saya melihat bayang-bayang pada matahari terbenam itu. Saya juga sentia memikirkan cara untuk melangkaui situasi sukar dan mencabar. Fikiran itu membuatkan saya kembali pada niat dan azam asal.
Jadi, apa yang membuatkan Taeyang melalui waktu sukar? Penyanyi itu kemudiannya menyebut secara tak langsung mengenai skandal Burning Sun yang menyebabkan Seungri mengundurkan diri dari BIGBANG,
Sepertinya terdapat banyak situasi yang susah untuk dilupakan. Pada ketika itu, saya di dalam tentera dan sangat sukar untuk saya berhubung dengan dunia luar. Saya berasa penat kerana perkara buruk asyik berlaku.
Sambungnya,
Selepas saya keluar tentera, bukan senang untuk menghadapi COVID-19. Saya tak boleh melakukan persembahan seperti yang dirancang dan proses mencipta lagu juga tidak mudah. Sangat sukar kerana situasi itu berpanjangan. Saya berada dalam bidang ini sejak muda dan apabila saya perlu berhenti secara tiba-tiba. agak sukar untuk menempuhinya. Saya tak boleh ke hadapan dengan matlamat yang jelas.
Dalam pada itu, album dengan 6 lagu ini bakal menyapa peminat pada 25 April, jam 6 petang.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉