Ikuti Kami:

“Saya Berani..” – Agensi Tak Paksa, Jennie BP Mahu Bintangi ‘The Idol’ Meski Tahu Plot Provokatif

“Saya Berani..” – Agensi Tak Paksa, Jennie BP Mahu Bintangi ‘The Idol’ Meski Tahu Plot Provokatif

Sepertinya masih ramai lagi membincangkan tentang kemunculan Jennie BLACKPINK di dalam siri HBO iaitu “The Idol” hingga kini.

Menurut laporan dari wakil industri, idola itu sebenarnya menerima watak Dyanne tanpa sebarang paksaan,

Dia menerima tawaran terus untuk membintangi ‘The Idol’ dari The Weeknd dan produser siri itu lantas bersetuju untuk mengambilnya.

Tambah sumber itu lagi,

Jennie bertemu dengan The Weeknd secara peribadi dan menerima lamaran untuk membintangi ‘The Idol’. Dia sendiri meluahkan keinginan untuk berlakon dalam projek ini. Dia sedar mengenai watak yang akan dibawa dan babak apa yang akan dilakonkannya. DIa mempunyai sesuatu yang mahu dipaparkan sendiri.

Untuk pengetahuan, “The Idol” membawa kisah sekumpulan selebriti yang memiliki hubungan kompleks di sebalik industri hiburan.

jennie the idol

Walaupun ramai teruja kerana ini merupakan projek pertama lakonan Jennie namun siri itu sudah pun menerima kritikan sejak sebelum tayangan lagi memandangkan ia mengetengahkan plot provokatif dan keterlaluan.

Dalam episod pertama, Jennie hanya muncul selama kurang 10 minit sahaja di mana dia berlakon sebagai penari latar buat Lily-Rose Depp. Malah peminat terkejut melihat tarian seksi serta ekspresi wajah yang dipersembahkan ahli BLACKPINK itu ketika babak berkenaan. Malah ada yang memarahi YG Entertainment kerana membiarkan Jennie menyertai siri yang dipenuhi masalah itu.

jennie the idolDalam pada itu, Jennie meluahkan bahawa dia yang memilih untuk menyertai “The Idol” dalam satu temubual yang disiarkan baru-baru ini,

Saya melihat ia sebagai peluang untuk menjadi diri sendiri dan bertindak berani. Saya tidak berlatih atau bersedia apa-apa. Pengarah hanya mahu saya menjadi diri sendiri dan saya tak pernah melalui pengalaman sebegini. Ia terasa seperti saya memecahkan tembok untuk diri sendiri.

Pandailah Jennie buat keputusan kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...