Ikuti Kami:

Kalahkan Watak Utama, Klip Tarian Seksi Jennie BP Lebih Banyak Tontonan Dari Episod Pertama ‘The Idol’

Kalahkan Watak Utama, Klip Tarian Seksi Jennie BP Lebih Banyak Tontonan Dari Episod Pertama ‘The Idol’

Baru satu episod bersiaran namun tayangan perdana “The Idol” menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini.

Umum mengetahui bahawa siri ini mendapat perhatian peminat K-Pop terutamanya BLINK (nama peminat BLACKPINK) kerana ianya merupakan siri pertama lakonan Jennie. Walaupun hanya watak sampingan yang merupakan penari latar watak Lily-Rose Depp, namun idola itu membuktikan kepopularitian siri itu sebenarnya mungkin datang daripadanya.

Menurut laporan, siri itu debut dengan 913,000 tontonan dan kurang 17% berbanding tayangan episod pertama “Euphoria” pada 2019. Pun begitu, klip tarian provokatif Jennie yang tidak sampai seminit itu sudah pun menjangkau lebih 2 juta tontonan.

Bahkan klip memaparkan ahli BLACKPINK itu dilihat tular di serata laman sosial seperti Twitter dan TikTok. Kalau nak dibandingkan, babak melibatkan pelakon lain seperti The Weeknd atau Troye Sivan tidak menerima perhatian sehebatnya.

Untuk pengetahuan, “The Idol” membawa kisah provokatif di sebalik tabir dunia hiburan Hollywood dan musim pertamanya bakal menayangkan 6 episod.

Hmmm.. gitu impak Jennie..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...