Ikuti Kami:

“Kena Open-Minded..” – Meski Penonton Jelek, Pelakon Pertahan Plot Lucah ‘The Idol’

“Kena Open-Minded..” – Meski Penonton Jelek, Pelakon Pertahan Plot Lucah ‘The Idol’

Rasanya semuanya tak sabar menanti tayangan “The Idol” memandangkan ia merupakan drama pertama lakonan Jennie BLACKPINK.

Walau bagaimanapun, sebelum ditayangkan lagi, siri terbaru HBO itu sudah pun menjadi bualan ramai peminat dek kandungan provokatif yang memenuhinya sehingga ia dilabelkan sebagai ‘fantasi lelaki kotor’.

Sudah pun menyiarkan episod pertama beberapa hari lalu, pelakon utama iaitu The Weeknd dan Lily-Rose Depp serta produser Sam Levinson berterusan mempertahankan siri berkenaan dari tohamahan umum. Kata mereka, penonton seharusnya mendekati “The Idol” dengan pemikiran terbuka selain menekankan bahawa ia sememangnya bukan naskhah sesuai untuk tontonan keluarga.

hbo the idol

Ulas Lily-Rose Depp yang membawa watak Jocelynn,

Kami memang sedari awal tahu bahawa naskhah yang dihasilkan ialah suatu yang provokatif dan bukan untuk semua. Itu ialah sesuatu yang meyakinkan buat kami.

Sokong The Weeknd,

Semasa menghasilkan muzik, ianya merupakan perkara yang sama. Ia provokatif dan saya tahu bahawa agak sukar buat semua dan ramai tak menyukainya. Ianya bukan untuk semua dan saya okay sahaja. Kami bukan ahli politik.


Dalam pada itu, Jennie dalam temubual berasingan turut menjelaskan mengenai pandangannya terhadap pandangan umum. Katanya, dia mempercayai pengarah dan kolaborasi mereka sepenuh hati,

Saya teruja apabila mengetahui ia mengenai industri muzik dan saya merasakan boleh menyumbangkan sesuatu buat watak itu. Ia adalah peluang untuk menjadi diri sendiri dan berani. Saya tak berlatih pun, atau bersedia. Sam mahu saya menjadi diri sendiri.

Kalau mereka okay sahaja, tak akan kita nak paksa kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...