Susah apabila selebriti dikekang dengan satu imej sahaja dek sangkaan dan prejudis orang ramai.
Dalam temubual bersama “Nothing Much Prepared” bersama Lee Young-ji, Park Bo-young telah mendedahkan pelbagai rahsia mengenai kehidupan peribadinya.
Ujarnya, ramai yang tak mengenali imej sebenarnya,
Seronok berjumpa dengan orang yang tak kenali saya. Saya pernah pergi bercuti di luar negara bersama rakan dan menjerit di tepi jalan. Saya minum dan berlari ke sana sini. Saya berteriak ‘Awak tak kenal saya’. Rasa bebas sangat.
Balas Young-ji,
Ia kelakar tapi agak sedih.
Park Bo-young turut mengakui berasa terbeban dengan imej baiknya.
Ada ketika saya kecewa apabila orang ramai melihat saya dengan pandangan baik. Saya benar-benar tak baik.
Sebab Park Bo-young muka comel sangat~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.