Peminat pasti tahu bahawa Park Seo-joon dan V BTS merupakan sahabat rapat.
Terbaru, Lee Byung-hun, Park Bo-young dan Park Seo-joon telah tampil dalam saluran YouTube “MMTG”, bagi mempromosikan filem mereka “Concrete Utopia”.
Dalam siaran itu, MC Jaejae ada menyebut tentang adegan dalam drama “Hwarang”, di mana Park Seo-joon ada menari. Usik pengacara itu,
Jika awak berada dalam kumpulan idola, awak mesti sudah lama ditendang keluar.
Respon Park Seo-joon,
Nama tarian itu ialah ‘tarian kumpulan pedang’. Saya pada asalnya tidak boleh menari tetapi saya melakukannya dengan sengaja, kerana ia memang babak di mana saya perlu berlakon seperti tidak boleh menari.
Kemudian, Jaejae juga turut berkongsi satu fakta yang dia jumpa tentang pelakon lelaki itu,
Saya jumpa sesuatu. Apabila V BTS menyambut penonton dengan ‘flying kiss’, awak akan melihatnya dengan wajah yang serius dan terkejut.
Jelas Park Seo-joon mengenai hal ini sambil ketawa,
Tae-hyung (nama sebenar V) sering menggelengkan kepalanya seperti ini. Saya benci melihat perkara seperti itu. Saya tertanya-tanya, ‘Mengapa dia melakukan itu’. Namun, ia sangat mengagumkan kerana ia berlaku secara semula jadi.
V kan memang sentiasa bagi layanan terbaik pada peminat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.