Ikuti Kami:

Park Seojoon ‘Naik Angin’ Dek Ada Orang Cuba Menyamar Jadi Dirinya Di Instagram?

Park Seojoon ‘Naik Angin’ Dek Ada Orang Cuba Menyamar Jadi Dirinya Di Instagram?

Ada orang cuba menyamar jadi Park Seo-joon di Instagram?

Baru-baru ini, Park Seo-joon telah meninggalkan komen di Instagram bernama Min-seong (@min_castle0809), yang didakwa menyamar menjadi pelakon itu.

Khususnya, ada satu foto di mana Park Seo-joon bergambar bersama Park Bo-young, beserta kapsyen yang ditulis,

Dating bunga sakura dengan Myung-hwa di kawasan kejiranan. Kekeke cara dia bersembunyi di belakang saya agak comel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 민성 (@min_castle0809)

Di hantaran itu, pelakon lelaki tersebut telah meninggalkan komen,

Saya bertanya, siapa sebenarnya awak. Awak tahu, jangan sesekali kita bersemuka dalam kehidupan sebenar. Jika tidak, salah seorang daripada kita mungkin berada dalam bahaya sebenar.

Bagaimanapun, Instagram tersebut dipercayai adalah akaun untuk watak Park Seo-joon dalam filem “Concrete Utopia” iaitu Min-seong, yang berkahwin dengan Myung-hwa (Park Bo-young).

Dengan ini, akaun itu dicipta bagi mempromosikan filem tersebut, yang bakal ditayangkan pada 9 Ogos nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...