Ikuti Kami:

“Saya Belum Dapat Rehat..” – Park Eunbin Kongsi Pelan Untuk Projek Lakonan Selepas Ini

“Saya Belum Dapat Rehat..” – Park Eunbin Kongsi Pelan Untuk Projek Lakonan Selepas Ini

Selepas “Extraordinary Attorney Woo”, pasti ramai penonton tertanya-tanya tentang drama Park Eun-bin yang seterusnya.

Ketika temu bual yang dilakukan baru-baru ini, Park Eun-bin meluahkan perasaannya selepas popularitinya mencanak naik menerusi “Extraordinary Attorney Woo”. Luahnya,

Apabila media mula-mula memberi saya nama ‘populariti peringkat sindrom’, saya terpegun. Saya tidak teruja apabila ini berlaku kepada saya. Sebaliknya, saya tak tahu nak cakap apa.

Kemudian, Park Eun-bin turut mendedahkan bahawa Woo Young-woo bukanlah watak yang mudah untuk dibawa. Pelakon itu menjelaskan kebimbangannya,

Saya sangat bimbang tentang berapa banyak ekspresi yang harus saya ungkapkan. Khususnya, pada mulanya, saya perlu menunjukkan bahawa Woo Young-woo adalah pelik, tetapi saya perlu menunjukkan bahawa dia bagus dalam tugasnya. Ia adalah tugas yang sangat sukar. Saya berfikir dengan teliti tentang bagaimana untuk menyatakan bahagian yang pelik tetapi bukan pelik.

park eunbin

Untuk pengetahuan, Park Eun-bin telah menjadi pelakon selama 27 tahun kini, dan drama “Extraordinary Attorney Woo” merupakan tuah buat dirinya. Mengenai ini, pelakon itu berkata,

Saya bertuah kerana telah menemui karya yang dicintai selepas berusia 30 tahun.

Selain itu, dia juga turut berkongsi mengenai projek lakonannya yang seterusnya. Kongsinya,

Saya belum membuat keputusan mengenai projek saya yang seterusnya. Saya belum dapat menyemaknya kerana saya belum dapat berehat selepas penggambaran. Saya akan jumpa awak dengan kerja saya.

park eunbin

Korang rasa Park Eun-bin akan bawa watak apa pula lepas ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...