Siapa sangka impian bertemu Park Seo-joon secara berhadapan bukan lagi hanya angan-angan kini.
Nampaknya ramai yang sedang mencuba peluang untuk berjumpa pelakon lelaki Korea itu menerusi peraduan anjuran MILO. Peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan kan!
Usaha ternyata tangga kejayaan apabila pengacara terkenal iaitu Adriana Adnan berkongsi menerusi Instagram Story bahawa dia berjaya memenangi peraduan MILO itu. Kelihatan tak percaya, selebriti itu bahkan menangis dan melakukan sujud syukur di khalayak umum kerana tak percayakan tuahnya itu.
Katanya,
Saya masuk peraduan itu kerana saya betul-betul mahu berjumpanya. Saya beli MILO banyak-banyak.
Melihatkan keseronokan Adriana, rakan-rakan selebriti lain seperti Liyana Jasmay dilihat turut mengucapkan tahniah dan memeluk eratnya.
Untunglah Adriana!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily