Makin semangat nak minum MILO® apabila pelakon popular Korea iaitu Park Seo-jun berkolaborasi dengan jenama kegemaran rakyat Malaysia ini.

Sedari Ogos, MILO® dan Park Seo-jun telah menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi variasi produk MILO® berkhasiat dalam stik pek yang mudah dibawa untuk memenuhi keperluan gaya hidup masing-masing – pada bila-bila masa, di mana jua.
MILO ternyata merupakan minuman bertenaga terbaik dek diperbuat daripada barli malt, susu dan koko dengan gabungan vitamin serta mineral penting sekaligus membantu Park Seo-jun dan jutaan rakyat Malaysia bagi membebaskan tenaga untuk melangkah lebih jauh.
Ulas Ng Su Yen iaitu Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad mengenai kolaborasi ini,
Kami teruja atas kolaborasi bersama Park Seo-Jun, seorang Sahabat MILO® yang juga kini menyertai barisan ikon-ikon Malaysia yang pernah bergabung tenaga dengan kami sebelum ini. Ikon antarabangsa dan individu aktif seperti Park Seo-Jun memerlukan tenaga seorang juara untuk menghadapi kesibukan hari serta mengamalkan gaya hidup aktif. Beliau sememangnya seseorang yang menjiwai tenaga MILO®. Menerusi kolaborasi ini, kami ingin memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melangkah jauh, walau apa jua yang ingin dicapai setiap hari, disemarakkan lagi dengan khasiat dan tenaga MILO®. Dengan rangkaian variasi MILO® yang pelbagai, kami yakin pasti ada MILO® untuk setiap individu.
Bukan hanya satu perisa, MILO® hadir dengan variasi produk iaitu MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® 3-in-1, MILO® Original dan MILO® Less Sugar yang dicipta dengan kebaikan tersendiri bagi memenuhi kemahuan, cita rasa dan gaya hidup setiap pengguna. Best!
Bagi mengujakan lagi peminat Park Seo-jun, kempen kelolaan MILO® ini akan dirancakkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik. Nantikan!
Untuk kandungan eksklusif kolaborasi bertenaga MILO® x Park Seo Jun serta maklumat lanjut tentang kebaikan rangkaian variasi MILO®, daftar di: www.milo.com.my.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.