Ikuti Kami:

“Saya Belajar Merokok, Rasanya..” – Kim Hieora Kongsi Persiapan Untuk Watak Dalam ‘The Glory’

“Saya Belajar Merokok, Rasanya..” – Kim Hieora Kongsi Persiapan Untuk Watak Dalam ‘The Glory’

Seorang pelakon yang berdedikasi pastinya akan cuba sehabis boleh untuk menjayakan watak mereka dalam sebuah drama.

Begitu juga dengan Kim Hieora yang membawa watak sebagai Lee Sa-ra, iaitu seorang anak orang kaya yang ketagih dadah.

Terbaru dalam sesi temu bual yang dilakukan bersama pelakon itu, Kim Hieora berkongsi persiapannya untuk memainkan watak sebagai seorang penagih dadah,

Pada mulanya, saya fikir ia seperti ketika awak mabuk. Saya menonton kandungan berkaitan dadah di Netflix dan dokumentari tentang proses penagih dadah menjadi ketagih, mengambil dadah dan merawat ketagihan.

Jelas pelakon wanita itu lagi sambil mendedahkan bahawa dia menghisap rokok elektronik untuk lebih mendalami wataknya sebagai Lee Sa-ra,

Pengurus saya merokok jadi dia memberitahu saya untuk mendapatkan rokok elektronik yang paling selamat. Saya tidak merokok ketika bersendirian tetapi saya berlatih merokok dengan bantuan pengurus saya ketika kami pergi ke penggambaran.

kim hieora the glory

Tambah Kim Hieora,

Saya sangat bimbang kerana saya terpaksa merokok secara relaks. Terdapat satu adegan di mana saya membuat gulungan ganja dan menghisapnya. Saya berasa letih selepas merokok dan rasanya tidak enak langsung, jadi saya cuba untuk tidak memikirkannya lagi selepas itu.

Memang berdedikasi sangat Kim Hieora tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...