Ikuti Kami:

“Bukan Dia Yang..” – Netizen Kasihan Dengan Watak Lim Jiyeon Dalam ‘The Glory’, Dah Kenapa?

“Bukan Dia Yang..” – Netizen Kasihan Dengan Watak Lim Jiyeon Dalam ‘The Glory’, Dah Kenapa?

Pasti ramai yang sudah habis tonton bahagian 2 “The Glory” kan?

Dengan 16 episod secara keseluruhan, Lim Ji-yeon memang berjaya memainkan watak Park Yeon-jin dengan sempurna, iaitu seorang dewasa yang merupakan salah seorang pembuli daripada lima pelaku keganasan sekolah.

Namun di laman komuniti dalam talian baru-baru ini, satu hantaran bertajuk ‘Sejujurnya, The Glory Lim Ji-yeon, saya berasa kasihan kepadanya’ telah disiarkan. Dalam artikel tersebut, penulis meluahkan pendapatnya,

Shin Ye-eun yang melakukan kesilapan tetapi ia berasa sedikit menyedihkan kerana ia terasa seperti Lim Ji-yeon yang dihukum.

Untuk pengetahuan, Shin Ye-eun memainkan watak Park Yeon-jin ketika remaja, di mana dia membuli Moon Dong-eun dengan menggunakan seterika rambut ketika di sekolah.

netflix the glory

Nampaknya, penulis artikel berkenaan berpendapat bahawa ianya kelihatan seperti Shin Ye-eun yang membuli namun, Lim Ji-yeon yang harus menerima padahnya. Bagaimanapun, pemilik hantaran berkenaan telah membuat kesimpulan dengan menulis,

Inilah sebabnya pelakon umur lebih 40 tahun memakai pakaian seragam sekolah dan membawa watak ketika muda.

Antara komen lain yang ditulis di entri tersebut,

Saya juga fikir begitu. Dendam sebenarnya mesti dilakukan oleh Jung Ji-so (watak Moon Dong-eun ketika remaja).

 

Bagaimana awak boleh berfikir seperti ini?

 

Saya tertanya-tanya apa maksudnya..tetapi ia munasabah.

Apa pendapat korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...