Ikuti Kami:

“Saya Baru 23 Tahun..” – Lee Minho Akui Ada Adegan ‘Boys Over Flowers’ Nampak Berlebihan

“Saya Baru 23 Tahun..” – Lee Minho Akui Ada Adegan ‘Boys Over Flowers’ Nampak Berlebihan

Kalau cakap pasal pelakon K-Drama, nama Lee Min-ho pastinya tidak akan dilupakan!

Baru-baru ini, Lee Min-ho telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Dazed Korea, di mana pelakon itu ada memberikan pendapatnya mengenai kehidupan dan lakonan.

Ketika sesi temu bual, pelakon itu ada bercakap mengenai video “Boys Over Flowers” yang telah banyak dimuat naik di Instagram kini. Dia berkata sambil ketawa,

Pada masa itu, semuanya kelihatan munasabah. Tetapi melihat kembali sekarang, beberapa bahagian kelihatan agak berlebihan.

lee minho

Sambungnya lagi mengenai wataknya sebagai Goo Jun-pyo dalam drama itu,

Saya baru berusia 23 tahun ketika itu. Anehnya, saya tidak pernah berasa tidak kena dengan gaya rambut unik Goo Jun-pyo itu atau gerak isyarat khasnya.

Kemudian, pelakon lelaki itu turut menyatakan tentang projek yang lebih sesuai untuk dirnya,

Saya rasa saya cenderung kepada cerita yang lebih fantastik, cerita dengan naratif yang hebat.

Haa korang yang pernah layan “Boys Over Flowers” dulu rasa berlebihan juga ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...