Ikuti Kami:

Lee Minho & Ahn Hyoseop Dilamar Terajui Filem Fantasi ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’

Lee Minho & Ahn Hyoseop Dilamar Terajui Filem Fantasi ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’

Penonton dah bersedia ke untuk saksikan gandingan antara pelakon hebat Lee Min-ho bersama Ahn Hyo-seop?

Terbaru pada 3 Mei, Lee Min-ho dan Ahn Hyo-seop dilapor telah menerima tawaran untuk terajui filem baru berjudul “Omniscient Reader’s Viewpoint”.

Tidak lama kemudian, kedua agensi bagi pelakon itu telah mengesahkan bahawa memang benar mereka menerima tawaran untuk membintangi filem tersebut dan sedang menyemaknya kini.

Untuk pengetahuan, “Omniscient Reader’s Viewpoint” adalah filem berdasarkan novel web, yang akan mengikuti kisah Kim Dok-ja yang dunianya tiba-tiba berubah menjadi novel web yang dibaca.

ahn hyoseop lee minho

Jika Ahn Hyo-seop menerima tawaran ini, dia akan memainkan watak Kim Dok-ja, yang bekerjasama dengan sekutunya untuk menyelamatkan dunia, selepas ia mula mengikuti plot novel yang dibacanya.

Seterusnya Lee Min-ho ditawarkan watak Yoo Joong-hyul, watak utama dalam novel yang dibaca Kim Dok-ja.

Nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...