Ikuti Kami:

“Macam Majlis Anugerah” – Ramai Selebriti Terkenal Hadiri Tayangan Perdana Filem ‘Dream’

“Macam Majlis Anugerah” – Ramai Selebriti Terkenal Hadiri Tayangan Perdana Filem ‘Dream’

Nampaknya, filem “Dream” bakal menemui penonton di pawagam tak lama lagi!

Bagi yang belum tahu, “Dream” yang diterajui Park Seo-joon dan IU, membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.

Terbaru pada 24 April, tayangan perdana “Dream” telah diadakan di Megabox COEX di Gangnam-gu, Seoul dan dihadiri oleh ramai rakan artis bagi memberi sokongan buat para pelakon filem berkenaan.

Antara selebriti yang dilihat hadir di acara tersebut ialah ‘Wooga Squad’ iaitu rakan kepada Park Seo-joon seperti V BTS, Choi Woo-shik dan Park Hyung-sik.

Selain itu, Yoo In-na, Kang Han-na, Kim Soo-hyun, Lee Do-hyun dan G.O.D turut menghadiri tayangan perdana “Dream” bagi memberi sokongan buat IU.

Tambahan, Jung-kook BTS, Kim Go-eun, Kim Woo-bin, Han So-hee, Jeon Yeo-been, Chan-sung 2PM, Kim Hye-yoon, Lee Jun-young, Oh Na-ra, Chun Woo-hee, Roh Yoon-seo dan ramai lagi juga tampil di acara yang sama. Wah, dah macam majlis anugerah!

Sementara itu, “Dream” akan mula disiarkan pada 26 April ini. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...