Ikuti Kami:

“Saya Banyak Berlatih” – Dah 11 Tahun Berlakon, IU Dedah Gementar Untuk Buat ‘Ini’ Dalam ‘Broker’

“Saya Banyak Berlatih” – Dah 11 Tahun Berlakon, IU Dedah Gementar Untuk Buat ‘Ini’ Dalam ‘Broker’

Siapa yang teruja nak tonton lakonan IU dalam filem “Broker”?

Pada 31 Mei, sidang media bagi “Broker” (pengarah Hirokazu Koreeda) telah diadakan di CGV Yongsan I-Park Mall di Yongsan-gu, Seoul. Acara itu dihadiri oleh pengarah Hirokazu Koreeda dan pelakon Song Kang-ho, Kang Dong-won, IU, dan Lee Joo-young.

IU, yang memegang watak So-young, seorang ibu tunggal dalam “Broker”, telah mendapat perhatian ramai dek wataknya yang berbeza dalam naskhah kali ini. Dia berkata,

Pengarahnya adalah orang Jepun, jadi baris kata-kata ‘kotor’ dalam drama itu ditulis dekat dengan ungkapan Jepun. Apabila saya bertanya kepada pengarah, ‘Bolehkah saya menukarnya ke bahasa Korea?’, dia menyuruh saya melakukannya dengan bebas.

iu broker

Dia menyambung,

Ini adalah kali pertama saya membuat kata-kata makian secara langsung. Saya banyak berlatih di rumah dan saya sangat gementar sebelum melakukan penggambaran.

Song Kang-ho turut mencelah,

Saya melihat lakonan dia yang hebat dalam banyak drama seperti ‘My Mister’, dan saya tahu bahawa dia seorang pelakon yang sangat baik, tetapi saya tidak tahu dia boleh melakukannya dengan begitu kejam.

Bagi yang belum tahu, “Broker” membawa kisah tentang Sang-hyun (Song Kang-ho) yang mencari ibu bapa baharu untuk bayi yang ditinggalkan di dalam kotak bayi dan membuat tawaran istimewa dengan mereka. Dia menggelar dirinya sebagai ‘broker’ yang mempunyai niat baik. Sang-hyun bekerjasama dengan Dong-soo (Kang Dong-won) dalam usaha ini. Selain itu, mereka juga akan melibatkan So-young (IU), yang meletakkan bayinya di dalam kotak bayi, tetapi kini telah kembali untuk mengambil bayinya. Sementara itu, Detektif Soo-jin (Bae Doo-na) dan Detektif Lee (Lee Joo-young) akan mengejar Sang-hyun dan Dong-soo.

iu broker

Nantikan “Broker” bakal menemui penonton pada 8 Jun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...