Ikuti Kami:

“Saya Bangga Walaupun..” – Dah Lebih 15 Tahun Berlakon, Kim Sohyun Luah Perasaan

“Saya Bangga Walaupun..” – Dah Lebih 15 Tahun Berlakon, Kim Sohyun Luah Perasaan

Pasti ramai yang tahu bahawa Kim So-hyun sudah memulakan kerjaya lakonannya sejak 2006 lagi.

Baru-baru ini, Kim So-hyun telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle Singapore.

Ketika sesi temu bual, pelakon wanita itu meluahkan perasaannya sudah lebih 15 tahun terlibat dalam dunia lakonan. Dia berkata,

Saya sangat berbangga kerana saya telah berlakon selama lebih 10 tahun tanpa berputus asa, walaupun terdapat banyak detik sukar ketika bekerja sebagai pelakon.

kim sohyun

Sambung Kim So-hyun lagi dengan memberitahu matlamatnya sebagai pelakon di masa hadapan,

Saya mahu menjadi seorang pelakon yang sentiasa berkembang dan melalui aliran semula jadi, seperti rakan yang telah bersama saya untuk masa yang lama.

Sementara itu, Kim So-hyun akan kembali menemui penonton dalam drama “Useless Lies” bergandingan dengan Hwang Min-hyun, pada 31 Julai nanti.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...