Chae Jonghyeop & Kim Sohyun Bakal Bergandingan Dalam Drama Romantik ‘Is It Fate?’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Nampaknya, penonton akan dapat lihat gandingan Chae Jong-hyeop bersama Kim So-hyun dalam sebuah drama!
Terbaru, Chae Jong-hyeop telah disahkan bakal sertai Kim So-hyun dalam sebuah drama romantik baru berjudul “Is It Fate?”.
Untuk pengetahuan, berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Is It Fate?” membawa kisah anak muda yang menjumpai cinta pertamanya 10 tahun lalu tanpa sengaja dan meneroka cinta sejati serta impian.
Dalam drama ini, Kim So-hyun akan membawa watak sebagai Lee Hong-joo, seorang penerbit animasi yang takutkan cinta kerana kenangan pahit daripada hubungannya sebelum ini.

Manakala Chae Jong-hyeop akan memegang watak utama lelaki Kang Hoo-young, seorang perancang kewangan yang kacak dan bijak, yang tinggal di Amerika Syarikat dan tidak perlu bekerja keras untuk mencapai keputusan yang hebat. Bosan dengan kehidupannya yang membosankan, Kang Hoo-young pergi ke Korea buat kali pertama dan bertemu semula dengan cinta pertamanya di sekolah menengah, Lee Hong-joo.
Dalam pada itu, “Is It Fate?” sedang menyasar untuk ditayangkan pada tahun 2023. Sama-sama kita nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




