Ikuti Kami:

“Saya & Ayah Sering Gaduh..” – Suga Kongsi Reaksi Keluarga Selepas BTS Popular Seluruh Dunia

“Saya & Ayah Sering Gaduh..” – Suga Kongsi Reaksi Keluarga Selepas BTS Popular Seluruh Dunia

Sebagai seorang idola yang dikenali ramai, Suga dan Ji-min pastinya mempunyai pelbagai perkara yang ingin mereka luahkan.

Terbaru, Suga dan Ji-min telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Yoo Jae-suk “DdeunDdeun”, di mana mereka berborak mengenai pelbagai topik.

Dalam video tersebut, Yoo Jae-suk bertanya kepada 2 ahli BTS itu tentang reaksi keluarga selepas mereka menjadi bintang yang terkenal di seluruh dunia. Jawab Ji-min,

Ayah saya menjadi agak berhati-hati dengan saya. Dia pernah membebel kepada saya sebelum ini, tetapi sekarang dia hanya menyimpannya sendiri. Ibu saya jarang marah saya. Kami ada personaliti yang sama.

Kongsi Suga pula,

Saya rasa ayah saya dan saya bergaduh setiap bulan. Kami berdua mempunyai personaliti yang kuat, jadi kami sering bergaduh tetapi berbaik semula pada petang itu. Ayah saya rasa makan itu sangat penting tapi saya sering melewatkan sarapan pagi dan makan tengah hari. Dari perspektifnya, dia memberitahu saya supaya tidak bekerja tanpa makan kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

yoo jaesuk jimin suga

Kemudian, apabila ditanya tentang waktu tidur mereka, Ji-min berkata,

Saya tidur dengan cepat iaitu sekitar jam 3-4 pagi.

Tambah Suga,

Saya juga. Mungkin hanya saya, tetapi kerana telah hidup dengan jadual seorang idola sejak dari muda, tidur siang sudah menjadi kebiasaan. Masa menunggu selalunya panjang dan saya sering membentangkan tikar untuk tidur.

Jelas penyanyi “Daechwita” itu lagi,

Saya rasa ia sudah menjadi rutin. Sepanjang 5-6 tahun yang lalu, saya tidak pernah tidur yang melebihi 3 jam.

Ji-min secara berseloroh menambah,

Saya tidur lena.

Semoga Suga dan Ji-min sihat selalu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...