Ikuti Kami:

“Saya Asyik Fikir..” – Kim Taehee Akui Risau Rakam Adegan Berciuman Ketika Berlakon

“Saya Asyik Fikir..” – Kim Taehee Akui Risau Rakam Adegan Berciuman Ketika Berlakon

Sebagai seorang pelakon, Kim Tae-hee pastinya mempunyai kebimbangannya tersendiri..

Terbaru, pelakon utama drama “Lies Hidden in My Garden” iaitu Kim Tae-hee, Kim Seung-oh dan Choi Jae-rim telah muncul sebagai tetamu di saluran YouTube “MMTG” bersama pengacara Jaejae.

Dalam episod itu, Jaejae ada mendedahkan salah satu kebimbangan Kim Tae-hee sebelum dia mula menjinak dalam dunia lakonan. Jaejae berkata,

Awak asyik fikir ‘Bagaimana saya boleh melakukan babak ciuman di skrin? Teman lelaki saya akan membencinya’. Bukankah ia comel?

Sambil ketawa, Kim Tae-hee terus menjelaskan sebab dia mempunyai kerisauan sedemikian,

Saya berumur awal 20-an ketika itu. Ia sepatutnya difahami, kan?

kim taehee

Respon Jaejae,

Ya. Saya masih fikir begitu walaupun pada usia ini. Saya tidak akan pernah menjadi pelakon.

Sementara itu, Kim Tae-hee akan menemui penonton menerusi drama “Lies Hidden in My Garden”, mengikuti kisah ngeri keluarga yang mematahkan ilusi ‘rumah bahagia dengan taman’.

Jangan lupa tonton pada 19 Jun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...