Ikuti Kami:

Selepas ‘The Glory’, Im Jiyeon Bakal Sertai Kim Taehee Dalam Siri Thriller ‘House With A Yard’

Selepas ‘The Glory’, Im Jiyeon Bakal Sertai Kim Taehee Dalam Siri Thriller ‘House With A Yard’

Selepas “The Glory”, Im Ji-yeon akan kembali menemui penonton dalam drama baru.

Bagi yang belum tahu, Im Ji-yeon bakal sertai Kim Tae-hee dalam sebuah drama thriller baru berjudul “House With A Yard”, adaptasi dari novel dengan nama yang sama.

Untuk pengetahuan, “House With A Yard” mengikuti kisah ngeri keluarga yang mematahkan ilusi ‘rumah bahagia dengan taman’. Ianya melibatkan syak wasangka dan kebangkitan seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna namun, dicemburui orang lain.

Dalam drama ini, Kim Tae-hee akan membawa watak sebagai Ju-ran, yang menjalani kehidupan yang sempurna tetapi mula mengesyaki suaminya apabila dia terhidu bau mayat di rumahnya.

drama house with a yard

Manakala Im Ji-yeon akan menghidupkan watak Sang-eun, yang tiba-tiba muncul di hadapan Ju-ran dan menyebabkan kekeliruan.

Dalam pada itu, “House With A Yard” dilapor akan mula ditayangkan pada Jun ini di saluran ENA.

Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...