Ikuti Kami:

“Saya Ambil Masa..” – Hidap Kanser Tiroid, Park Sodam Kongsi Kesukaran Selepas Jalani Pembedahan

“Saya Ambil Masa..” – Hidap Kanser Tiroid, Park Sodam Kongsi Kesukaran Selepas Jalani Pembedahan

Park So-dam telah menceritakan kisah selepas dia menghidapi penyakit kanser.

Pada 11 Disember, Park So-dam dan Seo In-guk telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan YouTube “Thursday Night” yang dihoskan oleh Jo Hyun-ah.

Park So-dam yang pernah lalui pembedahan kanser tiroid sebelum ini turut sempat berkongsi mengenai kesihatannya kini,

Dah lama sejak saya jalani pembedahan tersebut, dan saya rasa lebih baik jika saya tunjuk pada semua yang saya dah sihat.

Tambahnya,

Keadaan saya tidak terlalu baik buat seketika, tapi saya tetap ingin tunjuk pada diri saya sendiri yang saya sudah baik. Malah, sekarang ramai yang puji dan kata saya kelihatan lebih selesa dan sihat berbanding sebelum ini.

park sodam (1)

Tidak berhenti disitu, pelakon itu menyambung,

Sekarang ini, saya sering ingatkan diri saya untuk jalani kehidupan yang lebih baik dan seronok. Saya mengambil masa lebih kurang 8 bulan untuk dapatkan suara saya balik dan saya juga telah cuba untuk pulih dan sihat dengan lebih cepat.

Adunya lagi,

Masa mula-mula penggambaran ‘Death’s Game’ dijalankan, saya menangis sebab saya sangat letih. Saya fikir yang saya sudah sihat tapi ianya sukar untuk saya. Tapi, jangan risau sebab sekarang saya sudah benar-benar sihat dan pulih.

Lega bila dengar Park So-dam cakap yang dirinya dah sihat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...