Ikuti Kami:

“Saya Amat Kecewa” – Ramai Terkejut, Jeon Doyeon Dilihat Menangis Ketika Bermain Kuiz

“Saya Amat Kecewa” – Ramai Terkejut, Jeon Doyeon Dilihat Menangis Ketika Bermain Kuiz

Baru-baru ini, pelakon dari drama Netflix “Kill Boksoon” telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan Na PD “The Game Caterers”.

Dalam episod itu, pelakon Seol Kyung-gu, Jeon Do-yeon, Kim Si-a, Esom dan Lee yeon dilihat sedang bermain kuiz di mana kesemua mereka harus meneka nama selebriti menerusi gambar yang dipaparkan.

Khususnya, Jeon Do-yeon yang agak lemah dalam permainan ini gagal untuk meneka soalan pertama dan kedua, terus menyatakan kekecewaannya.

Mengejutkan orang ramai termasuk penerbit Na Yeong-seok, pelakon “Crash Course in Romance” itu mengesat air matanya dan menjelaskan,

Saya benar-benar kecewa.

jeon doyeon the game caterers

Respon Na PD,

Ini bukan permainan yang sepatutnya membuatkan awak menangis seperti ini.

Meskipun banyak kali gagal pada awalnya namun, pelakon wanita itu terus bertekad untuk bermain dan berjaya menjawab soalan-soalan yang seterusnya dengan betul.

Sampai nangis tau Jeon Do-yeon!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...