Ikuti Kami:

“Macam Tak Perlu Je” – Babak Ranjang Jeon Doyeon & Koo Kyohwan Dalam ‘Kill Boksoon’ Dipersoal

“Macam Tak Perlu Je” – Babak Ranjang Jeon Doyeon & Koo Kyohwan Dalam ‘Kill Boksoon’ Dipersoal

Sejak mula bersiaran kelmarin, nampaknya filem “Kill Boksoon” telah menjadi bualan peminat naskhah Korea Selatan.

Bagi yang tidak mengetahui, filem Netflix ini membawa kisah Gil Bok-soon yang berada di persimpangan jalan apabila tepaksa memilih antara kerjaya sebagai pembunuh upahan atau anak perempuannya.

Dipenuhi dengan pelbagai turutan aksi, naskhah yang diterajui Jeon Do-yeon ini juga ada menyelitkan babak melodrama dan romantik antara beberapa wataknya. Yang pertama di antara Gil Bok-soon dan mentornya, Cha Min-kyu (Seol Kyung-gu) serta wanita itu bersama pembunuh kontrak kelas bawahan iaitu Han Hee-sung (Koo Kyo-hwan).

netflix kill boksoon

Walau bagaimanapun babak di antara Gil Bok-soon dan Han Hee-sung adalah lebih ekstrem apabila mereka juga sering melakukan hubungan intim bersama meskipun tidak mempunyai hubungan. Lebih menyedihkan apabila lelaki itu mati di tangan Gil Bok-soon semasa bersabung nyawa selepas meluahkan cinta bertepuk sebelah tangan buatnya.

Rata-ratanya mengharapkan naskhah yang dipenuhi babak aksi, jadi ada yang kecewa apabila plot romantik sepertinya diselit secara paksa di dalam filem ini. Bahkan Han Hee-sung turut dipersoal memandangkan lelaki itu mati di pertengahan cerita tanpa sebarang perkembangan watak yang meyakinkan selain pembunuh kontrak bawahan yang mencintai Gil Bok-soon. Sepertinya kepentingan watak itu disia-siakan tanpa sebab yang pasti.

netflix kill boksoon

Bukan itu sahaja, ada yang berasa terkilan kerana merasakan babak ranjang antara Gil Bok-soon dan Han Hee-sung tidak menambah apa-apa keperluan kepada cerita ini. Kongsi seorang penonton di laman komuniti, “Watak Han Hee-sung untuk pemuas nafsu sahaja ke?”

Kata penonton lain dalam entri di laman komuniti berbeza, “Bosan bila ada babak percintaan dalam filem noir..”

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...