Ikuti Kami:

“Ibu Saya Menangis Teruk..” – Dibuang Iklan, Jeon Doyeon Dedah Kesan Buruk Lakonkan Babak Ranjang

“Ibu Saya Menangis Teruk..” – Dibuang Iklan, Jeon Doyeon Dedah Kesan Buruk Lakonkan Babak Ranjang

Sebenarnya banyak impak besar buat pelakon apabila mereka memilih untuk melakonkan babak seksual di dalam naskhah lakonan.

Menerusi tembual bersama “You Quiz On The Block”, Jeon Do-yeon berkongsi bagaimana babak ranjang yang dilakonkan dalam filem “Happy End” memberikan kesan buat kerjaya lakonannya.

Kongsinya jujur, ramai yang memujuk supaya tidak melakonkan babak itu malah ia merupakan kali pertama dia mencuba adegan sedemikian. Walau bagaimanapun, dia tetap menyahut cabaran tersebut kerana mahu membuktikan bahawa filem yang tiada Han Suk-kyu juga mampu berjaya pada ketika itu.

jeon doyeon

Jelas Jeon Do-yeon mengenai reaksi ibunya,

Semasa memujuk ibu, saya tak menyangka dia akan menangis seteruk itu. Katanya, ‘Bagaimana kalau awak tak dapat berkahwin? Akhirnya, saya berjaya meyakinkannya dengan berkata ‘Saya bukan jadi pelakon untuk berkahwin dengan baik, kan?’

Pun begitu realiti tak seindah disangka dek impak yang dilalui selepas tayangan filem itu,

Saya terseksa sangat selepas filem ini. Semasa merakamkannya, ia adalah pilihan naif tapi kesemua iklan yang disertai saya dibatalkan dan saya tak tahu kenapa. Asalnya saya tak tahu, namun hanya mengetahui mengenai hal ini pada akhirnya. Saya tersedar bahawa ada imej yang dimahukan oleh umum buat pelakon wanita.

jeon doyeon

Walaupun sedikit terasa namun Jeon Do-yeon mengakui hal berkenaan membuatnya lebih kuat. Jelasnya, prejudis terhadap pelakon wanita adalah sangat hebat pada ketika itu dan ada yang mengkritik kelakuan pasifnya sebagai tidak profesional.

Dalam ‘Happy End’, teraju utama memainkan watak yang aktif dan saya hanya melakukan tugas sebagai pelakon. Jadi, lebih banyak orang bercakap, lebih kuat saya rasakan.

Bukan senang jadi pelakon wanita..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...