Ikuti Kami:

“Saya Alami Kesukaran..” – Luahan Mendiang Moonbin ASTRO Jadi Perhatian

“Saya Alami Kesukaran..” – Luahan Mendiang Moonbin ASTRO Jadi Perhatian

Baru berusia 25 tahun, siapa sangka kita perlu mengucapkan selamat tinggal buat Moonbin ASTRO buat selama-lamanya kini.

Menurut laporan, mendiang ditemui tidak bernyawa oleh pengurus di rumahnya di Gangnam-gu, Seoul sekitar jam 8.10 malam kelmarin.

Menurut kenalan yang ditemubual Dispatch,

Dia sedang menjelajah dunia dengan unit Moobin & Sanha dan kembali bertenaga kini.

Untuk pengetahuan, Moonbin memulakan konsert jelajah ini bermula dengan perjumpaan peminat domestik pada bulan lalu sebelum ke Bangkok pada 8 April dan sepatutnya akan ke Osaka serta Tokyo pada bulan hadapan.

moonbin astro

Selepas menamatkan konsert di Thailand baru-baru ini, Moonbin ada berinteraksi dengan peminat bagi menyampaikan pendapat mengenai persembahan dan kejituannya,

Badan saya tak berapa okay tapi saya baik sahaja kini. Jika ada yang saya mahu luahkan, ianya agak sukar. Saya minta maaf jika anda dapat melihatnya. Saya sedang berusaha untuk menjadi lebih baik dan saya berjanji akan pulih dan membuatkan Aroha (nama peminat ASTRO) gembira.

Jawabnya bagi menenangkan peminat,

Sekarang saya sedang bersenam dan cuba melakukan perkara yang saya terlepas satu persatu. Ia merupakan kerjaya yang dipilih saya, jadi saya perlu gembira, supaya saya boleh membuatkan peminat bahagia.

Dalam pada itu, mendiang turut sempat memuat naik pesanan di Twitter buat peminat pada 11 April lalu,

Roha, ini ialah bunga dandelion! Dandelion~ Tersebar dan terbanglah mengikut angin!

moonbin astro

Dilaporkan, pengebumian Moonbin akan diadakan di Pusat Perubatan Ansan di Seoul pada 22 April ini.

Kita tak dapat baca hati sesiapa..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...