Ikuti Kami:

Cha Eunwoo Dilapor Bergegas Pulang Ke Korea Lepas Terima Berita Kematian Ahli ASTRO, Moonbin

Cha Eunwoo Dilapor Bergegas Pulang Ke Korea Lepas Terima Berita Kematian Ahli ASTRO, Moonbin

Wajah idola yang gembira sebenarnya mampu menyembunyikan perasaan yang mungkin tidak dapat digambarkan peminat.

Lewat malam tadi, peminat K-Pop dikejutkan dengan berita kematian Moobin iaitu ahli kumpulan ASTRO. Menurut laporan awal, mendiang ditemui tidak bernyawa di rumah oleh pengurusnya sendiri.

Tak lama kemudian, agensi Fantagio mengesahkan berita berkenaan dan meminta tiada khabar angin tidak berasas disebarkan. Ulas mereka, staf agensi dan ahli ASTRO masih lagi terkejut selepas menerima perkhabaran itu.

Walaupun kami tidak dapat membandingkan kesedihan kami dengan kesedihan yang dirasai oleh keluarga yang ditinggalkan, kehilangan seorang anak lelaki dan abang tercinta, ahli ASTRO, rakan artis Fantagio, eksekutif syarikat, dan pekerja sedang berkabung dalam kesedihan dan kejutan yang amat sangat.

moonbin astro

Dalam pada itu, Cha Eun-woo yang dikatakan sedang berada di Amerika Syarikat pada ketika ini terus terbang pulang ke Korea apabila menerima berita ini.

Untuk pengetahuan, mendiang aktif sedari kecil sebagai pelakon dalam drama seperti “Boys Over Flower” sebelum memulakan karier nyanyian pada tahun 2016 bersama ASTRO.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...