Ikuti Kami:

(TERKINI) Moonbin ASTRO Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah

(TERKINI) Moonbin ASTRO Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah

Berita tentang kematian pastinya akan membuatkan ramai orang sedih..

Terbaru pada 20 April, ahli ASTRO iaitu Moon-bin dilapor telah ditemui mati di rumahnya.

Menurut media, Balai Polis Gangnam Seoul telah melaporkan bahawa pada 19 April jam 8:10 malam waktu Korea, Moon-bin ditemui mati di rumahnya di Seoul oleh pengurusnya, yang terus segera menghubungi polis.

Polis menyatakan,

Nampaknya Moon-bin mengambil nyawanya sendiri. Kami sedang membincangkan kemungkinan bedah siasat untuk menentukan punca kematian yang tepat.

astro moonbin

Tidak lama kemudian, agensi idola itu telah mengesahkan laporan berkenaan dengan berkata,

Ini adalah Fantagio.

Pertama sekali, kami ingin memohon maaf atas berita yang menyedihkan dan menyayat hati.

Pada 19 April, ahli ASTRO Moon-bin tiba-tiba meninggalkan kami untuk menjadi bintang di langit.

Walaupun kami tidak dapat membandingkan kesedihan kami dengan kesedihan yang dirasai oleh keluarga yang ditinggalkan, kehilangan seorang anak lelaki dan abang tercinta, ahli ASTRO, rakan artis Fantagio, eksekutif syarikat, dan pekerja sedang berkabung dalam kesedihan dan kejutan yang amat sangat.

Lebih menyayat hati untuk menyampaikan berita ini secara tiba-tiba kepada peminat yang telah menyokong Moon-bin dan menghantar cinta mereka. Sedih hati kami kerana mengetahui perasaan mendiang yang sentiasa menyayangi dan memikirkan peminatnya melebihi orang lain.

Kami dengan ikhlas meminta anda untuk mengelakkan laporan spekulatif dan berniat jahat supaya keluarga yang kehilangan, yang berada dalam keadaan sedih dan pilu akibat berita yang mengejut itu, dapat menghormati si mati.

Mengikut kehendak keluarga yang ditinggalkan, pengebumian akan diadakan setenang mungkin bersama ahli keluarga dan rakan sekerja syarikat.

Salam takziah..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...