Ikuti Kami:

“Saya Akan Terus Buktikan…” – Ahn Hyoseop Mahu Terus Maju Dalam Industri Lakonan

“Saya Akan Terus Buktikan…” – Ahn Hyoseop Mahu Terus Maju Dalam Industri Lakonan

Pelakon Ahn Hyo-seop sememangnya berjaya memukau hati penonton dengan aura tampannya. Bagaimana dengan bakat lakonannya? Berjaya memikat hati penonton tak?

Baru-baru ini, Ahn Hyo-seop tampil bersama jenama majalah terkenal, VOGUE MAN HONG KONG, sebagai artis muka hadapan. Selesai sahaja sesi penggambaran, Ahn Hyo-seop sempat menyertai VOGUE MAN HONG KONG untuk satu sesi temu bual bagi berkongsi sedikit sebanyak mengenai kerjayanya. ahn hyoseopWalaupun drama hit, “Business Proposal” sudah lama tamat bersiaran, namun kejayaan drama itu masih disebut sehingga kini. Ahn Hyo-seop berkata,

Setiap waktu dalam sesi penggambaran masih segar dalam memori saya. Saya masih ingat segala gelak ketawa dan kenangan manis bersama para pelakon dan krew produksi. Lokasi penggambaran kami juga, merupakan satu tempat yang menyeronokkan dan ia berjaya membina sesuatu yang baru antara kami semua sewaktu berkerja di belakang tabir. 

Dia menambah,

Perkara yang paling penting sekali adalah apabila saya ditemukan dengan orang baik-baik dan saya dapat lihat semua orang berkerja keras, tengoklah hasil drama itu. Jadi, apabila saya melihat reaksi penonton terhadap drama ini, ianya menjadi lebih bermakna pada saya. Saya sangat seronok. 

Apabila dia ditanya mengenai hala tujunya sebagai pelakon, Ahn Hyo-seop berkata,

Saya mahu terus membuktikan kebolehan saya sebagai pelakon. Seperti biasa, saya akan terus mencari cara untuk terus maju ke hadapan.

ahn hyoseopMenjurus kepada itu, dia turut ditanya mengenai drama adaptasi daripada drama Taiwan, Some Day Or One Day” yang akan datang iaitu “Into Your Time”. Drama itu dikhabarkan bakal ditayangkan menerusi Netflix namun tarikh siaran masih belum diumumkan.

Sesi penggambaran berlangsung dengan baik dan saya akan menikmati segala waktu yang ada dengan baik. Drama ini dijangka bakal ditayangkan pada tahun hadapan, jadi sama-sama kita nantikan!

Yay tak sabarnya tengok drama baru!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...