Ikuti Kami:

“Bersyukur Dibantu Han Sukkyu” – Ahn Hyoseop Kongsi Perasaan Terajui ‘Dr. Romantic 2’

“Bersyukur Dibantu Han Sukkyu” – Ahn Hyoseop Kongsi Perasaan Terajui ‘Dr. Romantic 2’

Ahn Hyo-seop baru-baru ini tampil dalam muka hadapan majalah terkenal ESQUIRE bersama jenama LOUIS VUITTON untuk edisi Ogos. Handsome betul!

Penampilan Ahn Hyo-seop bersama dua jenama hebat tersebut sangat menarik perhatian umum. Kualiti bakat Ahn Hyo-seop bukan sahaja terserlah dari segi lakonan, malah dari segi model juga.ahn hyoseopBukan itu sahaja, Ahn Hyo-seop juga sempat menyertai sesi temu ramah bersama majalah tersebut dan berkongsi beberapa perkara mengenai dirinya. Dia ditanya mengenai wataknya dalam “Business Proposal”. Dia berkata,

Untuk “Business Proposal”, saya membuat keputusan untuk tampil dengan cara yang sangat mudah. Saya membaca skrip sehingga ke episod ke-3 drama tersebut dan terus menerimanya.

Dia menambah,

Saya juga seorang yang berfikiran sederhana, jadi emosi dan fikiran saya sangat sesuai dengan watak tersebut. Rahsia di sebalik kejayaan watak tersebut adalah sangat mudah kerana saya tidak perlu memaksa diri untuk watak itu, jadi penonton dapat merasakan keselesaan saya. 

ahn hyoseopMenerusi sesi temu bual itu juga, Ahn Hyo-seop sempat berkongsi mengenai wataknya dalam “Romantic Doctor, Teacher Kim 2”. Menurutnya, pengalaman melakonkan watak tersebut adalah yang terbaik buat dirinya. Dia berkata,

Dalam drama tersebut, untuk watak Seo Woo-jin, dia melihat watak tersebut sebagai suatu kejayaan kerana watak itu dikelilingi oleh orang dewasa yang banyak memberi bimbingan. Saya sangat bersyukur kerana dapat bertemu dengan Han Suk-kyu kerana banyak membimbing dan mengajar saya mengenai lakonan saya. 

Macam itulah nak jadi pelakon kan? Kena terus belajar untuk jadi lebih baik. Syabas Ahn Hyo-seop!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...