Ikuti Kami:

Lee Dohyun Pilih Ahn Hyoseop & Nam Joohyuk Sebagai Idola

Lee Dohyun Pilih Ahn Hyoseop & Nam Joohyuk Sebagai Idola

Menjadi rebutan ramai, tidak dinafikan bahawa Lee Do-hyun merupakan antara pelakon lelaki yang ‘trending’ dalam dunia K-Drama kini.

Terbaru, lelaki itu telah menyertai sebuah temubual bersama majalah Cine21 dan berkongsi banyak cerita mengenai dirinya dalam kehidupan seharian dan dirinya sebagai pelakon.

Malah Lee Do-hyun turut berkongsi pelakon manakah yang membuatkan dia kagum kini. Jawabnya,

Sekarang ini, Ahn Hyo-seop dalam ‘ A Business Proposal’. Asalnya kami memang berkawan. Dia kelihatan sangat yakin dan mampu berlakon dengan pasti. Nam Joo-hyuk daripada ‘Twenty Five, Twenty One’ juga sangat bagus. Ramai pelakon yang hebat sekarang ini. Sebab itu, saya selalu berpesan pada keluarga dan staf agensi, ‘Kita mesti merendah diri. Jatuhkan bahu~’.

lee dohyun

Malah Lee Do-hyun menjelaskan bahawa akan ada masa dia akan ke bawah nanti. Jadi, dia sedang bersedia untuk menurun dengan selamat kerana ia adalah lumrah buat seorang pelakon.

Dalam pada itu, Lee Do-hyun dan Ahn Hyo-seop pernah bertemu sebagai rakan baik dalam drama “Still 17”.

Bagus kan Lee Do-hyun?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...