“Saya Akan Kembali” – Tamat Kini, Ahli ‘Master In The House’ Beri Jangkaan Musim Kedua
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Akhirnya “Master In The House” telah pun menamatkan siaran musim pertamanya kelmarin.
Artikel Berkaitan
Dalam episod kali ini, mereka menjemput penyanyi legenda Song Chang-sik dan berkongsi pelbagai cerita selain mendendangkan beberapa lagu buat penonton.
Bagi menyambut pengakhiran musim kali ini, ahli yang baru diambil telah memberikan ucapan mereka. Kata Doyoung NCT,
Sila nantikan musim terbaru nanti kerana saya akan kembali dengan lebih comel.

Sambung Eun Ji-won,
Saya sertainya lambat namun saya mahu sampaikan buat ahli asal Lee Seung-gi dan Yang Se-hyung bahawa mereka sudah bekerja keras.
Meskipun melalui pertukaran ahli beberapa kali sejak 2017, Lee Seung-gi kekal sama sejak awalnya. Ucapnya,
Seperti Song Chang-sik, saya akan membawa sesuatu sambil mengekalkan yang asal. Saya akan kembali seperti itu.

Harap kesemua ahli yang sama kembali.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




