Ikuti Kami:

Musim Pertama ‘Master In The House’ Akan Tamat Bulan Depan

Musim Pertama ‘Master In The House’ Akan Tamat Bulan Depan

Rancangan hiburan SBS “Master in the House” akan menamatkan musim pertamanya dan akan berehat buat sementara waktu.

Menurut laporan media pada 12 Ogos, “Master in the House” akan menamatkan musim 1 pada bulan September. Berikutan itu, pasukan produksi rancangan hiburan tersebut mengumumkan,

‘Master in the House’ akan berehat sebentar. Kami merancang untuk kembali dengan musim 2 selepas menyusun semula program.

Untuk pengetahuan, “Master in the House” ialah program di mana ahli iaitu Lee Seung-gi, Yang Se-hyung, Kim Dong-hyun, Eun Ji-won SECHSKIES, dan Do-young NCT akan menerima ‘pengajaran hidup’ dalam bidang yang berbeza daripada guru yang dipanggil ‘master’, pada setiap minggu.

master in the house

Kini, SBS telah memulakan perbincangan untuk menamatkan musim 1 pada bulan September ini, bagi memberi tumpuan kepada perubahan format untuk musim 2. Pada masa ini, tidak diketahui sama ada barisan ahli akan mengalami perubahan atau tidak.

Alaa..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...