Ikuti Kami:

“Saya Akan Goda” – Yang Sechan Akui Terpikat Dengan Persona Song Jihyo

“Saya Akan Goda” – Yang Sechan Akui Terpikat Dengan Persona Song Jihyo

Adakah hubungan cinta Yang Se-chan dan Song Ji-hyo bakal jadi kenyataan?

Dalam episod terbaru “Running Man”, bintang utama “Flex x Cop”, Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun telah hadir sebagai tetamu.

Yang Se-chan, yang tiba awal di lokasi pembukaan hari itu, mengakui kepada kru produksi bahawa dia terpesona oleh Song Ji-hyo setelah menonton episod sebelum ini. Dia berkata,

Saya lupa betapa cantiknya noona. Saya sekarang menjadi peminatnya. Saya harus menunjukkan daya tarik saya padanya.

running man

Semasa semua ahli telah tiba, usikan Yang Se-chan terhadap Song Ji-hyo berterusan. Dia berkata,

Awak kelihatan sangat cantik dalam televisen. Aku akan mengejarmu. Pasangan terbaik di SBS Entertainment Awards tahun ini adalah Song Ji-hyo dan Yang Se-chan.

Mendengar ini, Song Ji-hyo menjawab,

Saya sedikit tergoda.

running man

Namun, Yoo Jae Suk menyindir,

Song Ji-hyo berbohong. Sebenarnya jika dia (Yang Se-chan) berkata begitu, dia (Song Ji-hyo) akan berkata, ‘Berhenti mencari perhatian’

Semua orang tertawa, sebaliknya Ji Suk Jin memberikan sokongan kepada hubungan cinta antara Yang Se-chan dan Song Ji-hyo dengan mengatakan,

Siapa tahu, jika awak terus bersikap berani.

Wah! Dah ada ‘love line’ baru.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...