Ikuti Kami:

“Saya Akan Datang Pakai Versace” – Ramai Idola K-Pop Hadiri Konsert Bruno Mars Di Korea

“Saya Akan Datang Pakai Versace” – Ramai Idola K-Pop Hadiri Konsert Bruno Mars Di Korea

Sebagai seorang penyanyi, selebriti K-Pop ini pastinya mempunyai idola mereka sendiri dalam bidang nyanyian.

Terbaru pada 17 Jun dan 18 Jun, penyanyi popular Amerika iaitu Bruno Mars telah mengadakan konsertnya di Stadium Utama Olimpik Jamsil, di Songpa-gu, Seoul.

Buat pertama kali dalam tempoh 9 tahun, Bruno Mars telah mengunjungi Korea Selatan bagi membuat persembahan di situ.

Menarik perhatian, 100,000 tiket telah habis dijual hanya dalam masa satu jam selepas penjualan dan ianya turut dihadiri oleh ramai selebriti popular.

Khususnya pada hari pertama konsert tersebut, idola K-Pop seperti Mark, Hae-chan, Renjun, Chenle NCT, Wendy RED VELVET, Kai EXO, Sandara Park, Min-gyu, The8, Dino, Woozi, Hoshi SEVENTEEN, B.I., TXT dan ramai lagi dilihat seronok menonton persembahan penyanyi “Locked Out of Heaven” itu.

Selain itu, menerusi laman Instagram Bruno Mars, Soo-young SNSD turut menarik perhatian ramai dengan komennya yang ditulis,

Oppa, saya akan duduk di sana dengan memakai Versace (merujuk kepada salah satu lagu Bruno Mars).

Wah seronoknya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...