Ikuti Kami:

Donghae & Eunhyuk SuJu Akan Adakan Konsert Jelajah Dunia Di Kuala Lumpur September Ini

Donghae & Eunhyuk SuJu Akan Adakan Konsert Jelajah Dunia Di Kuala Lumpur September Ini

Nampaknya, akan ada ramai lagi idola K-Pop bakal mengadakan konsert di Malaysia pada tahun ini!

Terbaru, akaun sosial media rasmi kumpulan sub-unit Dong-hae dan Eunhyuk SUPER JUNIOR iaitu D&E, telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan konsert perjumpaan peminat, bermula di Seoul pada 24 Jun ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, konsert “D&E WORLD TOUR FANCON – [DElight PARTY]” akan turut diadakan di bandar Taipei, Jakarta, Bangkok, Manila, Ho Chi Minh dan termasuklah Kuala Lumpur.

Siap sedia E.L.F di Malaysia, Dong-hae dan Eunhyuk akan menemui anda pada 9 September 2023 ini, dengan persembahan yang menakjubkan!

Bagaimanapun, butiran mengenai lokasi dan harga tiket masih belum dikeluarkan lagi setakat ini.

Nantikan maklumat lanjut!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...