Ikuti Kami:

“Saya Akan Datang Ke Sini Dengan Isteri Saya..” – Kenyataan Kim Jongkook Jadi Perhatian

“Saya Akan Datang Ke Sini Dengan Isteri Saya..” – Kenyataan Kim Jongkook Jadi Perhatian

Hampir mencecah usia 50 tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bilakah Kim Jong-kook akan menamatkan zaman bujangnya.

Terbaru dalam siaran 19 Mac program “Running Man”, kesemua ahli pergi membuat lawatan di kampung halaman Yang Se-chan, yang terletak di Dongducheon.

Khususnya bandar kecil berkenaan mempunyai ‘vibe’ seperti di Amerika kerana setiap papan tanda di situ akan ada bahasa Inggeris dan penduduk di situ kebanyakannya juga boleh berbahasa Inggeris, memberikan suasana yang tidak biasa.

Ketika sedang berjalan melihat kecantikan di kawasan itu, Kim Jong-kook tiba-tiba berkata,

Saya sangat suka Dongducheon. Nanti apabila saya dah berkahwin, saya akan datang ke sini bersama isteri saya.

Mendengar luahan lelaki itu, Yang Se-chan memberi respon,

Sila hubungi saya pada masa itu.

kim jongkook running man

Ji Suk-jin yang juga mendengar perbualan itu terus ketawa dan bertanya,

Bila, bila? Saya mempunyai isteri sekarang jadi saya boleh membawanya.

Kim Jong-kook dah jumpa calon ke tu?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...