Ikuti Kami:

“Dia Tak Bercinta Dengan..” – Rakan Baik Dedah Kim Jongkook Masih ‘Single’ Kini?

“Dia Tak Bercinta Dengan..” – Rakan Baik Dedah Kim Jongkook Masih ‘Single’ Kini?

Akan mencecah usia 47 tahun pada 2023 ini, makin ramai pula yang ingin tahu tentang kehidupan percintaan Kim Jong-kook..

Terbaru dalam siaran 12 Mac program “My Little Old Boy”, Kim Jong-kook telah membawa sahabat rapatnya Park Min-chul iaitu seorang peguam, sebagai tetamu. Memperkenalkan rakannya itu, Kim Jong-kook berkata,

Min-chul mencari nafkah daripada bercakap. Dia benar-benar membebel. Dia sentiasa memberitahu saya supaya berhati-hati dengan orang dan jangan mudah ditipu.

Mendengar kenyataan Kim Jong-kook itu, Park Min-chul memberi respon,

Baiklah, saya mempunyai alasan untuk mengatakan perkara itu kepada awak. Ini kerana Jong-kook telah ditipu berkali-kali pada masa lalu. Dia juga terlalu mempercayai orang sehingga dia telah ditipu.

kim jongkook my little old boy

Kemudian, salah seorang ahli “My Little Old Boy” iaitu Lee Sang-min, turut tidak melepaskan peluang untuk ‘mengorek’ maklumat mengenai Kim Jong-kook, dengan bertanya sama ada dia mempunyai sebarang rahsia yang orang tidak tahu. Jawab Park Min-chul,

Tidak, Jong-kook sebenarnya tidak mempunyai sebarang rahsia. Dirinya yang sebenar telah ditunjukkan cukup banyak kepada umum. Dia tidak terlalu berbeza dalam kehidupan sebenar.

Sedikit kecewa dengan respon itu, ahli lain iaitu Tak Jae-hoon berbisik di telinga Park Min-chul sambil berkata,

Katakan sahaja bahawa dia mempunyai kehidupan percintaan yang rumit.

Mengenai perkara ini, Park Min-chul mendedahkan,

Oh, Jong-kook kata dia tidak bercinta dengan sesiapa kini, tetapi saya tidak boleh mengatakan bahawa itu sepenuhnya benar. Tunggu sebentar, biar saya ulangi kembali. Sangat tak mungkin dia tidak mempunyai gadis di sekelilingnya.

sbs my little old boy

Respon Tak Jae-hoon kembali,

Baiklah, saya rasa kata-katanya benar memberitahu bahawa Jong-kook memang tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa pada masa ini.

Wuu boleh percaya ke ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...